12 December 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KAEDAH INKUIRI
Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

KAEDAH PERBINCANGAN

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh. Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas. Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Dick dan Carey (Rafidah 2002) atau lebih dikenali sebagai The Dick and Carey System Approach Model (1978). Teori model ini merupakan antara Teori Instructional Design yang terkenal dihasilkan oleh Walter Dick and Lou Carey dalam buku mereka yang bertajuk “The Systematic Design Of Instruction”. Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Secara grafiknya, teori The Dick and Carey System Approach Model dapat dijelaskan seperti rajah di bawah


Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh P.J Philips di Universiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara ingatan dan cara sesuatu maklumat disampaikan dapat dilihat melalui jadual I dalam kajian tersebut. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara maksimum.

Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:

i.Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi

ii.Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik

iii.Kanak-kanak sebagai pemikir

iv.Kanak-kanak adalah berpengetahuan

Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan teknologi atau laman sesawang sebagai bahan pembelajaran mereka. (Rapidah 2002)

Kesimpulannya, kerangka teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa teknologi moden seperti laman sesawang yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan pelajar itu sendiri.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif, manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan kemahiran pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji hubungan di antara penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dengan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar. Kerangka konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :


RAJAH KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :

(i) Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai medium teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kemahiran pelajar.

(ii) Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan – persoalan berikut :

(i) Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?

(ii) Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagain stail pembelajaran pelajar?

OPERASIONAL KAJIAN

Definisi operational kajian yang digunakan adalah seperti berikut :

(i) Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kit pembelajaran interaktif pula merupakan bahan teknologi bukan elektronik yang mengandungi pelbagai bahan yang seperti kad imbasan bewarna, set permainan pintar dan peralatan yang menyokong aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kedua – dua bahan ini diintegrasikan dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar

(ii) Stail Kepelbagaian Pembelajaran Pelajar
Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran pelajar adalah tidak sama diantara satu sama lain. Bagaimanapun gaya pembelajaran pelajar perlu dipelbagaikan agar pelajar dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka disamping disesuaikan mengikut subjek dan keadaan.

(iii) Kemahiran Pelajar
Menurut Kamus Dewan Bahasa, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran pelajar boleh dirujuk kepada kecekapan dan kepandaian pelajar melakukan sesuatu, misalnya kemahiran berfikir, kemahiran literasi computer, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

(iv) Penilaian Pelajar
Penilaian boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal menilai ataupun pentaksiran. (Kamus Dewan Bahasa). Penilaian akan dilakukan bagi melihat perubahan dan penambahbaikan stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan peningkatan kemahiran mereka.






AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

AKTIVITI 11 : TUGASAN 2 JURNAL PENYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN

AKTIVITI 10 : TUGASAN 1 BUKU - MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN

08 November 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL

JURNAL 1
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom.
Courtney Kosky, Reagan Curtis

Masalah Kajian :
Untuk mengkaji bagaimana mengabungkan aktiviti kesenian dalam pembelajaran pendididkan sosial dapat meningkatkan penyertaan dan motivasi pelajar dan impak pencapaian pelajar peningkatan peningkatan motivasi dan penyertaan.

Sampel dan Setting Kajian :
Sampel kajian adalah 650 pelajar grade six dan 40 orang kakitangan.
Setting kajian ini dijalankan secara kolaboratif diantara 28 sekolah awam di 5 daerah.

Prosedur Kajian :
  1. Mengenalpasti fokus kajian
  2. Mengumpul maklumat
  3. Menganalisis dan Mentafsir data
  4. Melaksanakan kajian

Mengumpul dan Menganalisis data:
Menggunakan pelbagai metod yang digabungkan dalam teori multiple intelligence:
  1. Coversation-termasu nota harian semasa aktiviti dilakukan
  2. Informal online Multiple Intelligence evaluation
  3. Tinjauan Sikap
  4. Rubrik
  5. Ujian, Kuiz, Buku kerja dan Penyusunan grafik

Memaparkan dapatan kajian :
Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk essei atau bertulis.
  1. Data dianalisis sepanjang proses kajian berlangsung.
  2. Guru membuat refleksi kembali pengajaran harian dan membuat pengumpulan data.
  3. Refleksi yang telah dibuat digunakan untuk merancang pengajaran seterusnya.
  4. Sekiranya kebanyakan pelajar tidak menyukai aktiviti atau tugasan dan penyertaan adalah tidak menggalakan pada hari tersebut, maka aktiviti akan disingkirkan daripada pengajaran.

JURNAL 2
Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Education.
David McConnell

Masalah Kajian :
Kajian ini dibuat untuk melihat bagaimana bekerja secara kolaboratif dan pembelajaran pengalaman pelajar yang terlibat dalam Problem Base Learning (PBL).Melalui pandangan ini soalan yang perlu dijawab adalah apakah yang berlaku dalam PBL group?

Sampel dan Setting Kajian :
Sampel kajian ialah 7 orang terdiri daripada 5 perempuan dan 2 lelaki.
Setting kajian ialah di tempat kelas dimana kumpulan akan dibentuk sepanjang waktu pembelajaran.

Prosedur Kajian :
  1. Perbincangan/menentukan persoalan kajian.
  2. Pembahagian tugas dan aktiviti kajian
  3. Penghasilan (Production)

Mengumpul dan Menganalisis data:
  1. Penyertaan kumpulan
  2. Concering the use of the internet
  3. Reviewing their PBL work
  4. Their place in the academic world

Memaparkan dapatan kajian :
Dapatan kajian dipaparkan secara bertulis atau essei dan terdapat juga bentuk gambarajah/flowchart.

JURNAL 3
Collaboratif Between Teacher Educator and Kingdergarten Techer-A 4-year Action Research study to improve our pwn professional practices.
Janet Picked Kremenitzer and Thomas Myler

Masalah Kajian :
Meningkatkan keprofesionalan diantara teacher educator dan kingdergarten teacher dengan memberi fokus kepada pendekatan kolaboratif.

Sampel dan Setting Kajian :
Sampel adalah melibatkan teacher educator dan kingdergarten teacher.
Setting kajian adalah di dalam kelas sekolah masing-masing.

Prosedur Kajian :
  1. Menentukan persoalan kajian.
  2. Mengumpul maklumat yang perlu.
  3. Menganalisis dan Mentafsir maklumat.
  4. Melakukan kajian tindakan.

Mengumpul dan Menganalisis data:
  1. Hold detail meeting regarding their perspective content planning.
  2. Take digital photos and/or videotapes of our classes involved in varied activities.
  3. Maklum balas daripada pelajar.
  4. Maklum balas dari supervisor.

Memaparkan dapatan kajian :
Dapatan kajian dipaparkan secara bertulis atau essei.

Perbandingan Ketiga-tiga Jurnal

Bandingkan Masalah yang dikaji antara jurnal.
Jurnal 1 menyentuh tentang menjadikan pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran.
Jurnal 2 pula melibatkan Penggunaan Problem Based Learning dalam melanjutkan Ke Pendidikan professional.
Jurnal 3 pula menyatakan kolaboratif diantara Teacher Educator dan Kindergarten Teacher dalam meningkatkan latihan sebagai guru.


Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga jurnal yang telah diulaskan, terdapat persamaan di antara cara melakukan kajian tindakan ini. Walaupun pada jurnal ke-2, cara membuat kajian adalah sedikit berbeza tetapi pada konsepnya hampir sama iaitu:
  1. Menentukan persoalan kajian.
  2. Mengumpul maklumat yang perlu.
  3. Menganalisis dan Mentafsir maklumat.
  4. Melakukan kajian tindakan.

Apa Yang Telah dipelajari dari ketiga-tiga jurnal berkenaan.
  1. Dapat mengetahui cara melakukan kajian tindakan dalam situasi yang berbeza.
  2. Dapat mengetahui bagaimana prosedur kajian dan seterusnya cara untuk mendapatkan data serta menganalisiskannya.
  3. Dapat mengetahui teknik pengulasan atau penulisan kajian tindakan.

TUGASAN KELAS : NOTA