12 December 2009
AKTIVITI 13 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh P.J Philips di Universiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara ingatan dan cara sesuatu maklumat disampaikan dapat dilihat melalui jadual I dalam kajian tersebut. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara maksimum.
Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i.Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
ii.Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik
iii.Kanak-kanak sebagai pemikir
iv.Kanak-kanak adalah berpengetahuan
Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan teknologi atau laman sesawang sebagai bahan pembelajaran mereka. (Rapidah 2002)
Kesimpulannya, kerangka teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa teknologi moden seperti laman sesawang yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan pelajar itu sendiri.
KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif, manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan kemahiran pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji hubungan di antara penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dengan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar. Kerangka konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :
(i) Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai medium teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
(ii) Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif.
Kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan – persoalan berikut :
(i) Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?
(ii) Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagain stail pembelajaran pelajar?
Definisi operational kajian yang digunakan adalah seperti berikut :
(i) Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kit pembelajaran interaktif pula merupakan bahan teknologi bukan elektronik yang mengandungi pelbagai bahan yang seperti kad imbasan bewarna, set permainan pintar dan peralatan yang menyokong aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kedua – dua bahan ini diintegrasikan dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar
22 November 2009
14 November 2009
08 November 2009
TUGASAN 2: ULASAN JURNAL
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom.
Courtney Kosky, Reagan Curtis
Sampel dan Setting Kajian :
Sampel kajian adalah 650 pelajar grade six dan 40 orang kakitangan.
Setting kajian ini dijalankan secara kolaboratif diantara 28 sekolah awam di 5 daerah.
Prosedur Kajian :
- Mengenalpasti fokus kajian
- Mengumpul maklumat
- Menganalisis dan Mentafsir data
- Melaksanakan kajian
Mengumpul dan Menganalisis data:
Menggunakan pelbagai metod yang digabungkan dalam teori multiple intelligence:
- Coversation-termasu nota harian semasa aktiviti dilakukan
- Informal online Multiple Intelligence evaluation
- Tinjauan Sikap
- Rubrik
- Ujian, Kuiz, Buku kerja dan Penyusunan grafik
Memaparkan dapatan kajian :
Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk essei atau bertulis.
- Data dianalisis sepanjang proses kajian berlangsung.
- Guru membuat refleksi kembali pengajaran harian dan membuat pengumpulan data.
- Refleksi yang telah dibuat digunakan untuk merancang pengajaran seterusnya.
- Sekiranya kebanyakan pelajar tidak menyukai aktiviti atau tugasan dan penyertaan adalah tidak menggalakan pada hari tersebut, maka aktiviti akan disingkirkan daripada pengajaran.
JURNAL 2
Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Education.
David McConnell
Sampel dan Setting Kajian :
Setting kajian ialah di tempat kelas dimana kumpulan akan dibentuk sepanjang waktu pembelajaran.
Prosedur Kajian :
- Perbincangan/menentukan persoalan kajian.
- Pembahagian tugas dan aktiviti kajian
- Penghasilan (Production)
Mengumpul dan Menganalisis data:
- Penyertaan kumpulan
- Concering the use of the internet
- Reviewing their PBL work
- Their place in the academic world
Memaparkan dapatan kajian :
Collaboratif Between Teacher Educator and Kingdergarten Techer-A 4-year Action Research study to improve our pwn professional practices.
Janet Picked Kremenitzer and Thomas Myler
Sampel dan Setting Kajian :
Setting kajian adalah di dalam kelas sekolah masing-masing.
Prosedur Kajian :
- Menentukan persoalan kajian.
- Mengumpul maklumat yang perlu.
- Menganalisis dan Mentafsir maklumat.
- Melakukan kajian tindakan.
Mengumpul dan Menganalisis data:
- Hold detail meeting regarding their perspective content planning.
- Take digital photos and/or videotapes of our classes involved in varied activities.
- Maklum balas daripada pelajar.
- Maklum balas dari supervisor.
Memaparkan dapatan kajian :
Dapatan kajian dipaparkan secara bertulis atau essei.
Bandingkan Masalah yang dikaji antara jurnal.
Jurnal 2 pula melibatkan Penggunaan Problem Based Learning dalam melanjutkan Ke Pendidikan professional.
Jurnal 3 pula menyatakan kolaboratif diantara Teacher Educator dan Kindergarten Teacher dalam meningkatkan latihan sebagai guru.
Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga jurnal yang telah diulaskan, terdapat persamaan di antara cara melakukan kajian tindakan ini. Walaupun pada jurnal ke-2, cara membuat kajian adalah sedikit berbeza tetapi pada konsepnya hampir sama iaitu:
- Menentukan persoalan kajian.
- Mengumpul maklumat yang perlu.
- Menganalisis dan Mentafsir maklumat.
- Melakukan kajian tindakan.
Apa Yang Telah dipelajari dari ketiga-tiga jurnal berkenaan.
- Dapat mengetahui cara melakukan kajian tindakan dalam situasi yang berbeza.
- Dapat mengetahui bagaimana prosedur kajian dan seterusnya cara untuk mendapatkan data serta menganalisiskannya.
- Dapat mengetahui teknik pengulasan atau penulisan kajian tindakan.