30 October 2009

TUGASAN 3 : UlASAN SEMINAR KAJIAN TINDAKAN-KOLOKIUM DPLI JANUARI

TAJUK 1 :
Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal Repeatition" Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh: Najwa Hayatee Bt. Abdullah, Suzana Bt. Mohd Fauzi, dan Ummi Salmah Bt. Adnan
Bilik Perdana C

Penyataan Masalah
Pengkaji melakukan kajian ini kerana masalah komunikasi secara lisan dikalangan pelajar masalah pendengaran dan mencari pendekatan yang sesuai dengan keperluan mereka. Pengkaji mendapati pelajar ini berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi secara lisan kerana kurang keyakinan diri untuk bertutur dengan baik dan timbulnya perasaan malu dalam diri mereka. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "Verbal Repeatition" semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Metadologi Kajian, Setting Kajian, dan Sample Kajian
  1. Kajian tindakan ini dibuat dengan menggunakan Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) dan dibuat sebanyak 3 kitaran. Metadologi melibatkan Perancangan, Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi.
  2. Kajian ini dibuat di Sekolah Menengah Dato' Ibrahim Yacoob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
  3. Kajian ini telah melibatkan seramai 19 orang pelajar bermasalah pendengaran tingkatan 1, 2 dan 4
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
  1. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Antara kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah melalui Pemerhatian, Rakaman Video, Temu bual dan Diari (RPH).
  2. Penganalisisan data-Berdasarkan kepada kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat untuk 3 kitaran. Pada kitaran 1 guru akan mengajar pelajar menyebut sesuatu perkataan iaitu dengan cara berlagu dan beramai-ramai secara berulang-ulang kali. Pada kitaran ke-2 guru menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan berulang-ulang kali dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyebut semula perkataan tersebut. Hasilnya pada kitaran ke-3 pelajar boleh menyebut perkataan dengan yakin dihadapan kelas dan bergiat secara aktif didalam kelas.
Implikasi Kajian
  1. Kaedah yang digunakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi kepada pelajar untuk berkomunikasi.
  2. Kaedah ini membantu pelajar untuk lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Apa Yang Dipelajari Dari Kajian Ini
  1. Meningkatkan pengetahuan tentang kaedah pengajaran tidak tertumpu kepada penggunaan bahasa isyarat sahaja tetapi boleh menggunakan kaedah ini.
  2. Memberi pengetahuan tentang tidak semua pelajar bermasalah pendengaran tidak boleh bercakap seperti pelajar tipikal.
  3. Kaedah ini boleh dihubungjalinkan dengan penggunaan bahasa isyarat untuk mewujudkan aktiviti P & P yang seronok dan penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas.

TAJUK 2 :
Mengenal Huruf Hijaiyah Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Dengan Menggunakan Kaedah Nasyid
Oleh : Nurul Huda Bt. Abdul Razak dan Siti Nursyahida Bt. Saad @ Mohd Yusuff
Bilik Perdana C

Penyataan Masalah
Kajian ini dilakukan hanya memfokuskan kepada pengenalan huruf Hijaiyah. Ini kerana kebanyakan pelajar kurang mengenal huruf-huruf Hijaiyah serta susunan huruf tersebut secara keseluruhannya.

Metadologi Kajian, Setting Kajian, dan Sample Kajian
  1. Kajian ini melibatkan 3 kitaran. Pada Kitaran 1 pengkaji mengenalpasti masalah dan merumuskan masalah. Kemudian pengkaji merancang langkah-langkah dan setertusnya diikuti dengan aktiviti 1. Pada kitaran ke-2 adalah ulangan kepada kitaran 1 tetapi aktiviti yang berbeza. Begitu juga dengan kitaran ke-3. Diakhir setiap kitaran ini akan dilakukan penganalisisan data.
  2. Setting kajian dilakukan di SMK Pendidikan Khas (Vokasional) Perempuan, Shah Alam Selangor.
  3. Sampel adalah 9 orang pelajar bermasalah pembelajaran tingkatan 4.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
  1. Pengumpulan data dibuat melalui Penilaian dan Pencapaian Pelajar, Pemerhatian dan juga Latih Tubi.
  2. Penganalisisan data-melalui kaedah penilaian dan pencapaian pelajar didapati pelajar bersikap lebih positif dan berminat untuk menguasai bacaan Al-Quran. Ini merujuk kepada peningkatan markah pada setiap ujian yang dilaksanakan. Manakala pada pemerhatian pengkaji mendapati pelajar lebih teliti semasa membaca Al-Quraan dengan ada pemahaman tentang huruf Hijaiyah melalui kaedah nasyid. Dan juga melaui kaedah latih tubi pelajar menjadi lebih yakin, kuat ingatan, berkamahuan dan mahir untuk mengenal huruf Hijaiyah. Selain itu ada pelajar yang boleh mengajar ahli kumpulan yang lain.
Implikasi Kajian
  1. Kajian ini membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mengingat huruf Hijaiyah mengikut susunan yang betul dengan menggunakan kaedah Nasyid.
  2. Meningkatkan keyakinan pelajar, menguatkan ingatan dan mahir untuk mengenal huruf Hijaiyah dengan menggunakan kaedah Nasyid.
Apa Yang Dipelajari Dari Kajian Ini
  1. Salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P dan boleh digunakan bersama kaedah lain untuk mewujudkan suasana P&P yang menarik dan menyeronokan yang hanya tidak tertumpu kepada pelajar bermasalah pembelajaran tetapi juga boleh digunakan untuk pelajar bermasalah pendengaran dan pelajar tipikal.
  2. Kaedah ini boleh digunakan sebagai salah alternatif kepada salah satu kaedah pembelajaran untuk mengingati sesuatu fakta atau huruf kerana kaedah nasyid lebih digemari oleh pelajar dan bersesuaian dengan naluri mereka.

24 October 2009

TUGASAN KELAS : 10 SEBAB MENGAPAKAH KAJIAN PENTING BAGI SEORANG GURU?

Kajian tindakan merupakan satu langkah untuk mengumpul dan seterusnya menganalisis data untuk mendapatkan serta meningkatkan tentang sesuatu topik atau isu. Dalam pendidikan kajian tindakan adalah di mana guru meneliti atau menyelidik atau mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan [bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar] perkembangan professional.

Oleh yang demikian sebab mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan ialah:
  1. Mengenalpasti masalah yang berlaku dan mencari jalan penyelesaiannya.
  2. Mencari alternatif lain untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menghasilkan guru yang berfikiran kreatif dan kritis.
  4. Meningkatkan mutu produktiviti dan kredibiliti kerja seorang guru.
  5. Menambahbaik amalan yang telah sedia ada.
  6. Menambah ilmu pengetahuan seorang guru melalui penyelidikan.
  7. Membina kemahiran seorang guru untuk melakukan penyelidikan.
  8. Mendebatkan sesuatu perkara dengan pengetahuan yang diperolehi melalui kajian.
  9. Mencipta atau menambahbaik kepada formula yang telah sedia ada.
  10. Meluaskan perspektif guru dalam dunia pendidikan.